» » Penjawat awam Johor bakal jalani saringan air kencing tahun depan


JOHOR BAHRU: Penjawat awam di negeri ini bakal menjalani saringan ujian air kencing awal tahun depan bagi memastikan mereka bersih daripada pengaruh dadah, kata Pengerusi Jawantakuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata ia dijangka melibatkan 20,000 penjawat awam.
“Kini kita sedang menyiapkan kertas kerja untuk dipanjangkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penjawat awam didapati positif dadah, mereka akan dihantar untuk menerima rawatan dan sesi kaunseling.

“Usaha yang dilakukan ini ialah untuk menjadikan penjawat awam sebagai contoh kepada masyarakat. Bukan sekadar mereka hanya bercakap kepada orang ramai agar menjauhi dadah tetapi mereka sendiri juga terlibat," kata beliau.

- BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply