» » Liga Juara-Juara: Barca Menang, Pellegrini Pertikai Keputusan Pengadil

Pellegrini tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Eriksson yang melayangkan kad merah kepada pemainnya.


JARINGAN Lionel Messi dan Dani Alves memberi kemenangan 2-0 kepada Barcelona pada aksi pusingan pertama kelompok 16 pasukan Liga Juara-Juara bertemu Manchetser City di Stadium Etihad awal pagi Rabu.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Messi memecah kebuntuan dengan menyempurnakan sepakan penalti minit ke-54 selepas pemain tuan rumah, Martin Demichelis dilayangkan kad merah kerana membentes pemain antarabangsa Argentina itu sekaligus menjadikan Man City bermain dengan sepuluh pemain.

Manakala gol kedua Barca pada minit terakhir dilakukan oleh Dani Alves selepas mendapat hantaran dari pemain gantian, Neymar pada minit ke-90.

Tugas berat buat City perlu mencatat 3-0 di Camp Nou bulan depan bagi pusingan timbal balik sekiranya tidak mahu tersingkir pada aksi ini.


Demichelis (kiri) keluar padang selepas Eriksson melayangkan kad merah kepadanya.


Sementara itu, pengurus City Manuel Pelegrini tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Jonas Eriksson yang memberi kad merah kepada pemainnya.

Pellegrini mengambil risiko mengkritik tindakan pengadil berkata: "Saya ada memberitahu dia (Eriksson) selepas permainan tamat bahawa dia patut gembira kerana memutuskan perlawanan ini.

"Barcelona tida peluang untuk menjaringkan gol sehinggalah penalti yang disebabkan Demichelis.

"Pengadi berat sebelah. Dia tidak mengawal perlawanan. Saya rasa ia bukan idea yang bagus mempunyai pengadil dari Sweden itu dalam perlawanan penting ini.

"Dia tidak mengira kesalahan yang dilakukan (Jesus) Nawas sebelum sepakan penalti itu. Ketika penalti, kesalahan dilakukan di luar kotak , namun apa yang penting kami mencipta peluang permainan,"jelasnya. 


- Mstar

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply