» » Rampas wang palsu RM112.52j

HONG SOON menunjukkan hasil rampasan wang palsu membabitkan sindiket Black Money didalangi warga Arfika pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan Black Money didalangi lelaki warga Afrika selepas menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga tempatan bersama wang asing palsu dolar Amerika Syarikat (AS) berjumlah RM112.52 juta (AS$35 juta) dalam dua serbuan berasingan di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor dekat sini 19 Mei lalu.

Dalam serbuan pertama pada pukul 5 petang, polis berjaya memberkas dua lelaki Afrika terdiri daripada seorang warga Cameroon dan seorang lagi warga Republik Chad di sebuah kondominium di Damansara Height dekat sini. -kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply