» » Hoki Piala Dunia: Malaysia sukar atasi Australia


KUALA LUMPUR 31 Mei - Pasukan negara cuba memberi tentangan sengit di awal permainan, namun kehebatan Australia selaku pilihan utama dan juara bertahan sukar digugat apabila membenam Malaysia 4-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan hoki Piala Dunia di The Hague, Belanda, sebentar tadi.

Dua jaringan Glenn Turner pada minit ke-25 dan 54, selain gol menerusi Eddle Ockenden serta Jamle Dwyer, masing-masing di minit ke-50 dan 52 menghadiahkan kekalahan kepada anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah dalam aksi pertama Kumpulan A.

Selain Australia, pasukan negara yang menetapkan sasaran 10 terbaik pada kejohanan kali ini turut diletak bersama England, Belgium, India dan Sepanyol. - Utusan

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply