» » Servis Lipat Kain dapat sambutan



Guru Niaga Enterprise yang menawarkan Servis Lipat Kain (SLK) menyasar untuk mempunyai 140 ejen utama di seluruh negara tahun ini.

Syarikat itu yang pertama seumpamanya menawarkan perkhidmatan melipat kain, melihat potensi besar pengkomersialan SLK berikutan kesibukan kalangan isi rumah terutama membabitkan wanita berkerjaya.
Pengasas Guru Niaga, Mohd Noorrizan Mohamad Shafiee, berkata biarpun SLK baru dilancarkan awal tahun ini, perkhidmatan itu sudah mendapat permintaan tinggi.


“Kami menjalankan kajian lima bulan bagi melihat permintaan pelanggan terhadap SLK dan kami dapati ia mendapat sambutan positif daripada pelanggan.

80 permohonan baru


“Hingga kini, kami mempunyai 13 ejen di Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Terengganu dan Melaka yang beroperasi sepenuhnya sejak perkhidmatan ini dikomersialkan.

Malah, kami sudah menerima 80 permohonan baharu untuk menjadi ejen dari seluruh negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 10 ejen di setiap negeri dan golongan suri rumah serta lepasan sekolah digalakkan untuk menjadi ejen kerana khidmat itu mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka.

“Kami mengenakan bayaran RM2 bagi setiap kilogram pakaian dan tiada caj dikenakan bagi setiap pengambilan pakaian dari rumah pelanggan. Caj hanya dikenakan bagi penghantaran pakaian mengikut lokasi yang ditetapkan.

“Hasil maklum balas daripada ejen sedia ada, mereka mampu menjana pendapatan empat angka sebulan dan menerima tempahan sekurang-kurangnya 250 kilogram pakaian dalam tempoh dua minggu,” katanya yang turut menyifatkan perkhidmatan SLK mampu berkembang maju berikutan faktor ekonomi serta gaya hidup masyarakat masa kini.

Guru Niaga Enterprise beribu pejabat di Station 18, Lahat, Ipoh, Perak dan menggunakan medium sosial termasuk Facebook untuk mempromosikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara. - BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply