» » Maybank mahu perluas operasi di China


Malayan Banking Bhd (Maybank) yang menyasar menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau menjelang 2015, bercadang untuk membuka cawangan baharunya di China.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abdul Farid Alias, berkata kumpulan perbankan terbesar di Malaysia dari segi aset itu sedang berunding dengan pengawal selia perbankan China iaitu China Banking Regulatory Commission (CBRC) mengenai cadangan pengembangan operasinya itu.

 Beliau berkata, Maybank setakat ini sudah mempunyai cawangan di Shanghai, Beijing dan Hong Kong, dengan menawarkan perkhidmatan perbankan borong sehingga segmen korporat dan komersial, dengan tumpuan perkhidmatan merentas sempadan antara ASEAN-China.

“Kami sedang berunding dengan CBRC untuk membuka cawangan di China. Kami juga selesa dengan skala, pertumbuhan dan profil risiko di pasaran ini (China),” katanya selepas mesyuarat agung tahunannya di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Maybank juga bercadang memantapkan produknya di China serta memperkukuhkan lagi rangkaian serantau bagi menguasai aliran merentasi sempadan ASEAN-China.- BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply