» » 14 anggota polis sertai Kursus Pemantapan Integriti positif dadah


IPOH: Ujian awal saringan air kencing mendapati 14 anggota polis yang menyertai Kursus Pemantapan Integriti di Kem Biro Tatanegara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, positif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka adalah antara 87 anggota pangkat rendah yang disaring oleh Unit Operasi Urus Setia Integriti Tatatertib Bukit Aman dan Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (JSJN) kira-kira jam 4.58 petang, semalam.
Katanya, sampel ujian air kencing 14 anggota berkenaan sudah dihantar ke makmal hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Siasatan ke atas mereka sedang dilajukan dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan keputusan pemeriksaan dan ujian susulan air kencing," katanya.

Beliau berkata, 14 anggota berkenaan dihantar pulang serta tidak dibenarkan meneruskan kursus berkenaan.

Katanya, pihaknya memandang serius isu membabitkan dadah dan akan menyiasat perkara itu serta mengambil tindakan selepas mendapat keputusan ujian berkenaan daripada pihak hospital.

"Sekarang ini keterangan sudah diambil dan kesemua mereka dihantar pulang ke tempat bertugas masing-masing sehingga keputusan ujian itu diperoleh.

"Kes ini agak berat dan sekiranya siasatan mendapati mereka memang terbabit dengan pengambilan dadah, kesemua mereka boleh diambil tindakan tatatertib sehingga boleh dilucutkan jawatan," katanya yang ditemui selepas merasmikan Program Kembara Komuniti Bermotosikal Trafik Perak sempena Hari Polis ke-207, di sini.  - BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply