» » Peniaga didaftar ke MyGST Jun ini



KOTA BHARU 7 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mula mendaftarkan peniaga dalam sistem MyGST bermula Jun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, perisian komputer khusus untuk memantau serta memudahkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) itu telah diuji sepenuhnya pada Disember lalu.

Beliau berkata, sistem tersebut juga telah dihubungkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memastikan pelaksanaan GST dapat berjalan dengan lancar.

"Semasa ujian itu dilaksanakan ia melibatkan beberapa buah syarikat dan respon yang kita terima amat baik," katanya krpada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se Malaysia kali ke-74 di sini hari ini. - Utusan

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply