» » Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1: PTPTN perlu pertingkat pengurusan pinjaman


KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempertingkatkan pengurusan sistem pinjaman/pembiayaan pendidikannya yang secara keseluruhan kurang memuaskan.

Syor yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 itu berdasarkan pengauditan antara April dan Julai 2013 yang mendapati PTPTN gagal melaksanakan Education Loan Management System (ELMAS) secara menyeluruh.

Menurut laporan yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, bahagian penyenggaraan pinjaman seperti permohonan lanjutan tempoh pembayaran, penangguhan dan pengecualian bayaran balik dilaksana menerusi Sistem Pengurusan Kutipan Balik (e-UPKB) yang tidak berintegrasi dengan ELMAS dan ELMAS-i (Islamic Eucatioan Loan Management System). - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply