» » Hanez Suraya gagal selesaikan kes saman malu di luar mahkamah


KUALA LUMPUR: Kes saman malu yang dikemukakan pelakon, Hanez Suraya Abdul Aziz, 29 terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim, 28 gagal diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi di sini.

Pelakon yang popular dengan drama ‘Love You Mr. Arrogant’ itu, memfailkan saman terhadap Mohd Fairus pada berhubung kenyataan memfitnah yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram menerusi akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lalu.

Hanez Suraya menamakan Mohd Fairus dalam saman yang difailkan pada 1 November tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini, melalui firma guaman, Tetuan Harjit Sandhu.

Mohd Fairus juga didakwa memburukkan diri pelakon itu kepada rakan lain, rakan artis dan sering menghubungi wartawan untuk menceritakan perihal dirinya. - BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply