» » Telefon pintar Oppo N1 masuk pasaran Malaysia


KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar telefon pintar antarabangsa, Oppo Electronics Corp hari ini melancarkan telefon bimbit Oppo N1 sekali gus memperkenalkan jenama itu buat pertama kali di Malaysia.

Oppo N1 merupakan telefon pintar yang menampilkan skrin 5.9 sentimiter dengan perisian Snapdragon 600, pemprosesan 2 gigabait (gb), memori 16gb dan kamera 13 megapiksel.

Ciri unik telefon tersebut ialah kamera yang boleh diputar sehingga 206 darjah dan panel O-touch yang membolehkan pengguna mengendalikan skrin di belakang telefon.

"Dengan N1, pengguna hanya perlu memutarnya dan menangkap gambar yang kita mahukan dari pelbagai sudut dengan kualiti terbaik," ujar Pengurus Jenama Oppo, Lu Chen di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.


(Foto/Bambang Kartika H)

Oppo memasuki pasaran telefon mudah alih pada tahun 2008 dan telah mempunyai rangkaian pejabat di Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Mexico.

Harga jualan runcit Oppo N1 adalah RM1798

- Kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply