» » Wujud jabatan khas tangani isu kesihatan mental di tempat kerja - NIOSH


MELAKA - Kementerian Kesihatan disaran mewujudkan jabatan khas bagi menangani isu kesihatan mental di tempat kerja sebagai usaha menyediakan lebih banyak kemudahan dan keselesaaan kepada pekerja di negara ini.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata pada masa ini, kementerian itu hanya mempunyai unit bagi menangani isu mental di tempat kerja.

"Penubuhan jabatan ini penting kerana pengabaian masalah kesihatan mental dan faktor psiko sosial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja berkenaan malah memberi kesan terhadap produktiviti, kecekapan dan pengeluaran sesebuah organisasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Kesihatan Mental di Tempat Kerja di sini, hari ini.

Pada masa sama, NIOSH meminta pihak universiti di negara ini supaya melahirkan lebih ramai pakar psikologi kerana negara masih kekurangan tenaga mahir berkenaan.

Sehingga kini, katanya terdapat kira-kira 100 pakar psikologi di negara ini dengan 10 daripadanya berkhidmat di hospital kerajaan manakala selebihnya di sektor swasta. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply