(Gambar file- Foto/ G image)
KUALA LUMPUR - Pemilik sebuah banglo di Jalan Melawati 5, Taman Melawati di sini cemas apabila tanah di bahagian belakang rumahnya tiba-tiba runtuh dan menyebabkan air dari bukit berhampiran melimpah masuk ke dalam rumah hari ini.
Mohamad Hassan, 64, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika hujan lebat.
"Saya dengar bunyi bising di bahagian belakang rumah, saya buka pintu belakang dan lihat air sedang melimpah keluar dari bahagian bukit.
"Saya segera tutup semua pintu dan tingkap. Kemudian air melimpah masuk di bahagian dapur sehingga paras buku lali dan tidak lama kemudian saya dengar bunyi seperti letupan dan nampak tanah runtuh dan mengenai bahagian luar dinding rumah,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau yang telah 13 tahun mendiami rumah itu berkata, akibat kejadian itu struktur dinding belakang rumah senget. - Bernama
No comments: