» » Mangsa banjir Beaufort meningkat kepada hampir 2,400 orang

PEMANDANGAN dari udara pekan Beaufort semalam yang ditenggelami banjir. - KOSMO!/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

BEAUFORT - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini meningkat sedikit kepada 2,391 orang setakat 9 pagi ini berbanding 2,250 orang petang semalam, manakala di Tenom keadaan banjir sudah pulih dan semua pusat pemindahan ditutup.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Beaufort, mangsa yang meliputi 700 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Paras air Sungai Padas pula meningkat kepada 9.20 meter berbanding 9.17 meter semalam iaitu melebihi paras bahaya, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Pagi ini Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah ini. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply