» » SPRM akan masukkan peruntukan undang-undang dalam akta


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) akan memasukkan peruntukan undang-undang berkaitan korporat liabiliti dalam Akta SPRM 2009 bagi membolehkan sesuatu syarikat sama ada tempatan atau luar negara didakwa bagi jenayah rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata bagaimanapun keputusan memasukkan undang-undang berkenaan bergantung kepada perbincangan dan persetujuan daripada pihak Peguam Negara.

"Kita berharap ia akan dipersetujui supaya dapat dibentangkan di kabinet selewat-lewatnya Jun ini," katanya ketika ditemui pada mesyuarat bersama sektor swasta mengenai undang-undang korporat liabiliti di sini, hari ini. - BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply