» » Malindo Air tawar 50,000 tempat duduk percuma


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menawarkan 50,000 tempat duduk percuma ke semua destinasinya.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Malindo Air berkata, menerusi tawaran tersebut, pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan fi bermula daripada RM39.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, syarikat itu berbesar hati memberikan kemudahan perjalanan kepada orang ramai dan menambah penyambungan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Malindo Air berkata, tiket boleh ditempah mulai hari ini sehingga 23 Februari ini bagi tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 27 Mei 2014.

Katanya tawaran istimewa ini tidak sah semasa cuti sekolah dan cuti am. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply