KUALA LUMPUR 17 Feb. - Polis memberi amaran kepada baki 250,000 daripada 1.7 juta pesalah trafik yang dikenakan saman dalam 'Op Warta' supaya segera membayarnya sebelum dikenakan tindakan tegas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam operasi terbabit, pihaknya juga menahan lebih 5,000 individu yang dikeluarkan waran tangkap.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baharu Cina di KL Sentral di sini, hari ini.
Ketika berucap, Khalid berkata sebanyak 14,836 kes kemalangan jalan raya dicatatkan dalam operasi itu bermula dari 24 Januari hingga 7 Februari lepas, menurun sebanyak 8.9 peratus daripada 16,287 kes semasa perayaan tahun lepas.
Kemalangan maut juga menurun 14.1 peratus kepada 152 kes kali ini berbanding 177 kes dalam Ops Selamat tahun lepas, katanya. - BERNAMA
Topics: Dalam Negara
About Admin
Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mahu pejabat kedutaan, Suruhan...
-
Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil a...
-
PUTRAJAYA: Harga sebanyak 32 barangan di bawah program Jimat Belanja Dapur di pasar tani seluruh negara akan lebih murah sepanjang bulan...
-
YAN: Kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini kekal RM9,980 walaupun kos sebenar telah meningkat kepada RM16,115 seorang berbanding RM1...
-
Pellegrini tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Eriksson yang melayangkan kad merah kepada pemainnya. JARINGAN Lionel Messi dan...

No comments: