» » 19 terkorban, sistem pengangkutan tergendala sejak ribut salji landa Jepun



TOKYO: Sekurang-kurangnya 19 orang maut manakala 1,600 yang lain cedera susulan ribut salji yang melanda Jepun sejak Sabtu lalu, demikian lapor media dan pihak berkuasa selepas cuaca buruk yang mengakibatkan sistem pengangkutan tergendala.

Akhbar tempatan, Yomiuri Shimbun melaporkan sekurang-kurangnya 19 kematian dicatatkan berikutan ribut salji melanda negara itu dan mula bergerak ke pulau utara Jepun, Hokkaido.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh terbabit dalam kemalangan kereta manakala selebihnya maut akibat bumbung yang runtuh.

Menurut akhbar Yomiuri itu, lebih 6,900 penduduk terperangkap dalam kawasan kecil selepas laluan jalan raya dan kereta api terputus akibat salji tebal manakala penghantaran petrol ke beberapa stesen minyak terlewat akibat jalan raya yang tidak dapat dilalui.

Sementara itu, keadaan di Yamanashi, utara Tokyo bertambah buruk selepas beberapa kedai runcit di kawasan berkenaan menghadapi kekurangan bekalan makanan segar.

Perdana Menteri, Shinzo Abe dipetik sebagai berkata media tempatan berjanji untuk menghantar pasukan kerajaan bagi membantu kawasan yang terjejas.

“Kami akan melakukan apa yang termampu bagi melindungi nyawa dan harta benda penduduk dengan kerjasama kerajaan tempatan dan kementerian berkaitan,” katanya di Parlimen, hari ini. - AFP

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply