(contoh replika kapal Flor De la Mar - Foto/malaysian-explorer)
Kapal Portugis yg tenggelam bersama harta karun dan emas ketika dalam perlalanan dari melaka ke Portugal akan di apungkan ke permukaan air melalui kerjasama kerajaan Melaka , Indonesia dan Portugal ....Kapal yg di beri nama Flor De la Mar atau Flower of the sea itu menyimpan pelbagai cerita sejarah dan jika di apungkan mungkin kita boleh lihat emas Kesultanan Melayu Melaka yg dirampas oleh Portugis .
- MT
KULAIJAYA – Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun.24 Februari 2014
Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.
Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.
Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta).
Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. - kosmo
MELAKA - Satu kajian terperinci perlu dibuat sebelum usaha mengapungkan kapal dagang Portugis, Flor de la Mar yang dikatakan tenggelam di perairan Aceh, Indonesia dilaksanakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri menyambut baik usaha menaikkan semula kapal di kurun 16 itu yang dipercayai membawa harta karun namun sebarang tindakan dilakukan perlu mengikut undang-undang.
"Negara ini mempunyai beberapa peruntukan undang-undang di bawah Akta Harta Karun 1957 yang melindungi harta seumpama itu.
"Sekiranya hasil kajian adalah sahih, maka ia perlu dilihat dalam konteks pengagihan kepada negeri, Pusat dan antarabangsa," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 di Kompleks Japerun Sungai Udang di sini semalam.
- kosmo
No comments: