» » Penubuhan Pusat Inovasi Negara dorong idea dan produk - PM



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin penubuhan pusat inovasi negara akan membantu meningkatkan idea dan produk inovatif di Malaysia.

Dalam kiriman Twitter terbarunya hari ini berhubung pusat tersebut, Perdana Menteri turut melampirkan satu laporan Bernama bertajuk “Kementerian Sains akan menubuhkan Pusat bagi Produk Inovasi Tempatan" pada Khamis.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah sebagai berkata kementeriannya akan menubuhkan sebuah pusat komersial inovasi negara bagi menempatkan semua produk dan hasil penyelidikan tempatan yang telah mendapat anugerah dan pengiktirafan seberang laut.

Dr Abu Bakar berkata pusat itu, antara lain akan menjadi platform untuk mengkomersil produk inovasi negara memandangkan banyak yang belum diketengahkan di pasaran. Beliau berkata langkah itu perlu untuk menjadikan negara ini pengeksport teknologi, dan menentukan bahawa sasaran dua peratus sumbangan kepada Produk Dalam Negeri Kasar menjelang 2020 tercapai.

- BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply