» » MKN dan Jabatan Meteorologi bersedia lakukan pembenihan awan


 KUALA LUMPUR 22 Feb. - Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Meteorologi Malaysia kini dalam keadaan bersedia untuk melaksanakan pembenihan awan.

Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, kedua-dua agensi sudah merangka pelan untuk menjalankan operasi seawal-awalnya Selasa lepas, namun tidak menemui awan yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Sesuai bermaksud awan yang cukup besar untuk menampung pembenihan, selain perlu berada dalam kawasan yang disasarkan. Setakat ini kita belum jumpa awan yang sedemikian dan kita sedang memantau.

"Sebaik sahaja ada peluang kami akan laksanakan operasi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Cuaca kering yang melanda negara sekarang menyebabkan paras air di empangan di seluruh negara menghampiri tahap kritikal dan sesetengah pihak menggesa pihak berkuasa melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan.

Mohamed Thajudeen berkata, mereka juga dibantu oleh angkatan tentera, terutama Tentera Udara Diraja Malaysia untuk melaksanakan operasi itu.

"Semua agensi berkaitan sedang memantau rapi bagi mengesan suasana yang sesuai," katanya. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply