3 lolos, seorang mati ditembak
Chukai: Tindakan seorang penjenayah menyerang anggota polis membawa padah apabila suspek maut ditembak tiga das dalam satu serbuan di sebuah kawasan bekas tapak pelupusan di depan Lapangan Terbang Kertih, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, sepasukan polis yang menerima maklumat awam menyerbu kawasan terbabit dan suspek yang berusia 31 tahun itu bertindak menyerang polis dengan menggunakan sebilah parang.
Anggota polis yang cuba mempertahankan diri melepaskan tiga das tembakan serta satu daripada tembakan itu terkena pada perut suspek dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Tiga lagi rakan suspek yang turut berada di tempat kejadian bagaimanapun berjaya melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek adalah penjenayah yang dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa kes curi dan samun di sekitar Kemaman.
"Siasatan awal polis mendapati suspek melakukan jenayah terakhir menyamun sebuah stesen minyak di Kertih minggu lalu.
"Suspek berjaya dikesan selepas polis menerima maklumat orang awam dan beberapa lagi rakan suspek yang berada di tempat kejadian melarikan diri.
"Mayat suspek dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan," katanya.
- HM
No comments: