» » Laporan Kes Kemalangan Bas Genting Highland Diumumkan Hari Ini

MENTERI Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menunjukkan buku laporan nahas kemalangan bas Genting Highland pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, di Kuala Lumpur, Khamis. -foto Raja Faisal Hishan/THE STAR


KUALA LUMPUR: Laporan penilaian terhadap tragedi kemalangan bas Genting pada 21 Ogos tahun lepas secara rasmi telah diumumkan dengan 51 cadangan penambahbaikan dibuat untuk menghadapi kemungkinan berlaku kejadian yang sama pada masa hadapan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata cadangan tersebut tidak terhad kepada kemalangan bas sahaja tetapi boleh digunakan untuk semua jalan lereng bukit yang terdedah kepada kemalangan dan diklasifikasikan sebagai kawasan hitam di seluruh negara.

"Panel penasihat bebas juga telah diperluaskan menjadi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu.

"Lembaga ini ditugaskan untuk menasihati, menyiasat, menganalisis dan mengemukakan laporan sebarang cadangan kepada Kementerian Pengangkutan yang melibatkan sebarang isu keselamatan jalan raya, kereta api dan maritim, " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan, Khamis.

Difahamkan bahawa laporan penilaian boleh didapati di laman web Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Dalam kemalangan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, 37 orang maut manakala 16 yang lain cedera, menjadikannya sebagai tragedi paling teruk pernah berlaku di jalan raya di negara ini.

- Mstar

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply