» » Duit kertas jadi bahan bakar loji janakuasa di China


China – Sebuah loji janakuasa di bandar, Luoyang kini menggunakan cara baru untuk memanaskan 1.5 juta penduduk di situ iaitu dengan membakar wang kertas yang telah rosak.

Selepas mendapat kebenaran daripada Bank Pusat China, loji tersebut mula membakar wang kertas terbabit yang didakwa lebih mesra alam dan kurang mencemarkan udara berbanding penggunaan arang batu.

Bagi setiap satu tan wang kertas yang rosak itu, ia boleh menghasilkan 660 kilowatt elektrik untuk beberapa jam.

“Memandangkan Henan mempunyai banyak wang kertas yang rosak dan tidak boleh digunakan, maka ia membantu menghasilkan 1.32juta kWh elektrik setahun, iaitu sama dengan membakar 4,000 tan arang batu,’’ kata jurucakap Bank Pusat China.

Wang kertas Yuan yang tidak lagi sesuai untuk digunakan akan ditarik balik oleh bank dan diserahkan kepada Bank Pusat bagi tujuan dimusnahkan.

Kini, wang yang tidak laku digunakan itu dihantar ke Henan bagi tujuan penghasilan elektrik. - mstar

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply