Rasanya, kebanyakan masyarakat Malaysia kini dah makin malas nak
mengendahkan kenyataan-kenyataan biadab yang dikeluarkan si Alvin Tan
ini kerana pastinya, tujuan blogger seks itu hanyalah ingin meraih
perhatian.
Namun, melalui satu entri yang baharu dimuatnaik pada Sabtu, Alvin dilihat cuba mencurah minyak ke api apabila berkata, dia hanya mempercayai golongan Melayu yang telah murtad.
Tambah kurang ajar, Alvin yang kini jadi pelarian di Amerika Syarikat menyifatkan golongan tersebut adalah berani untuk menyatakan kebenaran, termasuk menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
“Golongan Melayu yang saya percaya hanyalah mereka yang murtad. Ia memerlukan keberanian dan keyakinan tinggi untuk keluar daripada kepompong berkenaan (Islam).
“Saya tidak tertipu dengan semua yang melibatkan Islam, cukup untuk semua ini, saya keluar!”
Nampaknya, Alvin masih belum serik mengeluarkan kenyataan provokasi bukan sahaja terhadap pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia, malah kini masyarakat Islam secara khususnya.
Orang tua-tua cakap, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa! Nantikan je.
Ali Bersekongkol Dengan Melayu Murtad Sweden
Menerusi status Facebook, aktivis yang lari dari Malaysia ke Sweden bagi mengelak tindakan undang-undang dengan cara memohon suaka politik, Ali Abd Jalil dilaporkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) malam tadi.
Didakwa turut ditangkap bersama Ali adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang aktif menghina Islam menggunakan medium internet, Adlin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.
Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati ia cuma satu permainan lawak yang dimulakan oleh rakan Ali dan Adlin, pemilik akaun Facebook Juli Jalaludin, warga Malaysia yang juga angkuh mengaku murtad kerana tidak ada undang-undang boleh disabitkan kepadanya yang kini tinggal di Sweden.
Juli memuatnaik gambar Ali dan Adlin tersengih depan kenderaan Polis Sweden dan memuat naik status beserta ungkapan Allahuakbar semata-mata mahu menyelitkan unsur menghina Islam di situ.
Hal ini kerana seperti Adlin, Juli adalah si murtad yang terang-terangan sentiasa cari jalan untuk mengejek penganut Islam.
Jika dilihat pada posting di Facebook ketiga-tiga pengkhianat bangsa dan agama ini, dapat dilihat mereka begitu rapat di sana malah Ali mungkin diberikan ‘khidmat nasihat’ oleh Adlin dan Juli untuk lari ke Sweden sebelum ini.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah muak melihat provokasi melampau yang menjatuhkan nama Malaysia ini, justeru ramai ternanti-nanti bilakah petualang ini akan dapat diheret pulang dan diadili di negara ini.
AS Takkan Layan Permintaan Ekstradisi M’sia – Latheefa Koya
Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya mendakwa, tiada akta menghasut di bawah undang-undang AS sedangkan undang-undang ekstradisi menetapkan perlu ada kesalahan yang sama di kedua-dua negara sebelum ekstradisi dibenarkan.
“Oleh itu kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permintaan ekstradisi (penulis blog seks Alvin Tan) daripada Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau membuat dakwaan itu sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tindakan ekstradisi ke atas Alvin yang melarikan diri ke AS untuk mengelak daripada tindakan mahkamah.
Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.
Sumber: Mynewshub.cc
No comments: