BRIM 4.0 mula dibayar hujung Januari 2015
Teluk Intan: Pembayaran BR1M 4.0 yang pertama akan mula dibayar pada hujung Januari 2015.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tarikh tutup permohonan dan kemaskini maklumat penerima BR1M ditutup pada 31 Disember ini, dan selepas itu kesemua permohonan akan dinilai sebelum pembayaran dibuat paling awal hujung Januari depan.
"Orang ramai yang masih belum memohon boleh melakukannya sebelum hujung bulan ini dan bagi penerima lama pula, mereka dikehendaki mengemaskini maklumat termasuk bagi kes penerima yang sudah meninggal dunia, bagi membolehkan waris menerimanya.
"Selepas tarikh permohonan ditutup, kesemua pemohon baru akan dinilai sama ada layak atau tidak menerima BR1M 4.0, manakala bagi pemohon yang masih tidak mempunyai akaun bank diminta segera melakukannya bagi memudahkan pembayaran dibuat," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak, di sini, hari ini. -HM

No comments: