» » Twitter perluas rangkaian 'tv sosial', beli dua firma


SAN FRANCISCO: Twitter hari ini berkata pihaknya memperluaskan lagi platfom “tv sosial' dengan rakan niaga global barunya selepas selesai membeli dua firma di Britain dan Perancis.

Dua firma tv social itu ialah SecondSync di Britain dan Mesagraph di Perancis yang mengumumkan secara berasingan mereka sudah menyertai Twitter.

Bagaimanapun, terma perjanjian belian itu tidak diumumkan.

Usaha sama itu tercetus selepas Twitter mengumumkan untuk melebarkan rancangannya untuk menjadi 'skin kedua' kepada penonton televisyen di seluruh dunia.

“Setiap hari, pengguna Twitter berkongsi pengalamannya menonton televisyen dengan rakan dan peminat di seluruh dunia," kata Jana Messerschmidt dalam blog twitternya.

“Hari ini, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa kami akan menawarkan Twitter TV bersama Kantar.”

Perjanjian itu akan melangkaui rantau Britain dan Sepanyol sehingga ke Norway, Russia, sebahagian Afrika dan Asia Tenggara. - AFP

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply