» » Tukar hak milik kenderaan secara biometrik mulai April - JPJ


PUTRAJAYA: Proses penukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik secara dalam talian yang akan dimulakan secara perintis April ini adalah untuk mengelakkan kes pemalsuan dokumen.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata sebelum ini ada penjual memalsukan surat akuan sumpah supaya pemilik kenderaan tidak mengetahui mengenai penjualan itu.
Katanya, dari 2009 hingga 2012, sebanyak 157 kes seumpama itu dilaporkan.

"Tahun 2011 mencatat kes tertinggi iaitu 50 kes diikuti 2012 (42 kes), 2013 (38), 2010 (18 kes) dan 2009 (sembilan kes)," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui kaedah biometrik itu, pemilik asal dan bakal pemilik harus hadir sendiri ke kaunter JPJ berhampiran untuk mendaftarkan cap jari masing-masing sebelum memulakan transaksi jual beli.

Katanya, penjual juga tidak perlu menggunakan borang yang banyak dan urusan jual beli boleh dilakukan sepantas 10 minit walaupun kedua-dua pihak berada di dua lokasi berbeza.

"Namun urusan jual beli mesti dilakukan dalam masa tujuh hari jika melebihi tempoh itu mereka harus mendaftar semula di kaunter JPJ," katanya.
Beliau berkata, proses itu juga diguna pakai untuk pengedar kenderaan terpakai yang mana selepas enam bulan kenderaan berkenaan secara automatik akan menjadi hak milik pengedar jika masih tidak dijual.

- BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply