
KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART akan ditutup kepada lalu lintas mulai jam 11 malam ini sehingga 6 pagi esok.
Menurut kenyataan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), penutupan itu bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu dilakukan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi SMART Helpline di talian 1-300-88-7188. - BERNAMA
No comments: