» » Serangan pisau di China ragut 29 nyawa (12 Gambar)

Tempat serangan berlaku.

Polis semalam memburu lima penyerang yang bertanggungjawab membunuh 29 orang dalam serangan yang menggunakan pisau di sebuah stesen kereta api di Kunming, Yunnan kelmarin.

Satu siasatan mendapati lebih 10 orang penyerang itu merupakan golongan gerila pemisah etnik Uighur.

Pendedahan itu dibuat agensi berita Xinhua.

Kebanyakan etnik Uighur menetap di wilayah autonomi Xinjiang di barat daya China.

Wilayah itu mengandungi 21.8 juta penduduk.

Menurut portal berita CCTC News Channel, polis menembak mati tiga orang lelaki dan seorang wanita dalam kejadian tersebut.

“Saya mendengar orang ramai menjerit dan menyatakan terdapat orang yang telah ditikam,” kata seorang pengguna di stesen kereta api tersebut kepada Xinhua.

“Saya berasa panik dan orang ramai melarikan diri. Saya menghubungi polis selepas saya berlari beberapa ratus meter. Namun, seorang rakan sekelas saya mengalami kecederaan,” tambahnya.

Seorang pengguna laman media sosial Sina Weibo menyatakan, para penyerang itu memperoleh latihan khas semasa melakukan serangan tersebut berdasarkan cara mereka melakukan serangan. – dpa




About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply