» » Manchester City julang Piala Liga Inggeris

(Foto/bleacherreport)


LONDON: Gol penyamaan menerusi Yaya Toure mencetuskan kebangkitan Manchester City pada babak kedua untuk menjulang Piala Liga hasil kemenangan 3-1 ke atas Sunderland sekali gus menghadiahkan trofi pertama kepada Manuel Pellegrini sebagai pengurus, malam tadi.

Pellegrini yang memijakkan kaki di stadium yang menyaksikan Roberto Mancini menamatkan kerjayanya sebagai pengurus dengan kekalahan pada final Piala FA Mei lalu, tampak menemui jalan buntu apabila Fabio Borini meletakkan Sunderland di depan selepas 10 minit permainan.

Selepas aksi hambar pada babak pertama, City bangkit selepas Toure merembat masuk dari jarak kira-kira 27 meter pada minit ke-55 dan Samir Nasri mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua selang dua minit kemudian.

Pada ketika itu, penyokong City sudah meraikan kejayaan menjulang trofi berprestij dalam tempoh tiga tahun apabila Jesus Navas melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-90. - AP

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply