» » Nyaris tercampak dalam laut 'lawan' yu seberat 130kg


Dungun: Tiga nelayan hampir tercampak ke laut sebelum berjaya menaikkan seekor ikan yu belangkas seberat 130 kilogram ketika memancing lima batu nautika dari Kuala Paka di sini, semalam.

Nelayan terbabit, Azam Abdullah, 51, berkata, dia keluar menangkap ikan bersama dua rakan kira-kira jam 7 pagi dan sementara menunggu pukat mengena, dia mengambil keputusan memancing.

“Saya memancing dengan harapan mendapat ikan tenggiri dan tidak sangka umpan anak tongkol itu disambar ikan yu gergasi.

“Saya menahan tali pancing sementara dua rakan pantas mengangkat pukat sebelum membantu saya menjinakkan ikan terbabit,” katanya yang ditemui di Kuala Paka, di sini, semalam.

Menurutnya, rentapan kuat ikan gergasi itu menyebabkan mereka bertiga nyaris jatuh ke dalam laut dan selepas hampir sejam bertarung, ikan yu itu berjaya dinaikkan ke dalam bot.

“Alhamdulillah rezeki ikan yu ini cukup untuk pendapatan kami sekeluarga hari ini (semalam),” katanya.

Katanya, ikan yu itu dijual kepada seorang peraih dengan harga RM7 sekilogram.

- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply