» » 1 maut, 7 cedera letupan gas di AS

(Foto/abcnewsradioonline)

EWING: Kebocoran dan letupan gas di kawasan perumahan di Amerika Syarikat menyebabkan seorang penduduk maut dan mencederakan tujuh pekerja serta memusnahkan sebuah rumah dan merosakkan berpuluh kediaman lain hari ini, kata pihak berkuasa.

Mayat mangsa ditemui lewat selepas kejadian, berdekatan kediamannya.
Polis Ewing, Leftenan Ron Lunetta berkata, tiada orang lain yang dipercayai hilang.

Sekurang-kurangnya 55 unit di kawasan perumahan itu mengalami kerosakan termasuk tujuh daripadanya "musnah teruk".


Syarikat utiliti PSE&G berkata, pihaknya menerima panggilan bahawa seorang kontraktor merosakkan salah satu paip gas di situ. - AP

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply