» » Catuan air peringkat ketiga bermula 10 Mac ini


CYBERJAYA - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan melaksanakan catuan peringkat ketiga pengagihan air berjadual membabitkan sebanyak 315 kawasan di enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan 1.4 juta pengguna bermula 10 hingga 31 Mac ini.

Enam daerah tersebut Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor membabitkan sebanyak 290,865 pintu rumah.

Catuan air peringkat ketiga penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Datuk Teo Yen Hua pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

- kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply