» » Anwar Ibrahim didapati bersalah liwat bekas pembantunya



PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply