SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan tindakan mencatu air bagi menangani masalah bekalan air di beberapa kawasan terutama di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi, Dengkil bermula selewatnya esok.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu merupakan satu usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan masalah kekurangan air di negeri itu.
Menurut beliau, pihaknya akan berbincang dengan pegawai perhubungan awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan hebahan mengenai catuan air itu akan diumumkan petang ini.
"Kita janji setiap pemilik meter air di Selangor akan mendapat bekalan airt tetapi air akan dicatu.
"Kita akan buat jadual seperti dua hari ada air, dua hari lagi tiada air, maksudnya tidak ada pemilik yang tidak dapat air dalam masa seminggu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam di Dewan Jubli Perak di sini, pagi tadi.
- KOSMO!
No comments: