» » PM umum kadar tol 1 Mac ini


NIBONG TEBAL - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna sempena perasmian jambatan kedua Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada 1 Mac hadapan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Perdana Menteri dijangka tiba pada jam 8.30 malam seterusnya merasmikan jambatan berkenaan.

“Kadar tol akan diumumkan sejurus selepas itu manakala jambatan terbabit boleh diakses orang ramai bermula 2 Mac namun tertakluk kepada pengumuman yang akan dibuat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Program ini diharapkan dapat berjalan lancar dengan bantuan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM3.0) Peringkat Parlimen Nibong Tebal di Dewan Perda, Sungai Acheh semalam.

Dijangka seramai 10,000 warga setempat akan menyaksikan perasmian jambatan kedua itu sekali gus mengunjungi ruang pameran serta program menarik yang disediakan.

Bagi memudahkan orang ramai, 15 bas Rapid Penang percuma turut akan disediakan di mana hentian diwujudkan tempat letak kereta menuju ke tapak pameran sepanjang jambatan pada hari perasmian.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan negeri, berkata, kepesatan industri kawasan setempat dijangka meningkat bersempena pembukaan jambatan kedua terbabit.

“Saya pasti pembangunan di sini akan lebih aktif selain penambahan industri termasuk pembinaan perumahan akan membantu mencorakkan kawasan ini.

“Nilai hartanah dijangka akan menjadi tinggi namun kita perlu pandang dari sudut positif apabila lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk penduduk setempat.

“Kesesakan lalu lintas pula dijangka dapat dikurangkan antara 29 sehingga 30 peratus selepas pembukaan jambatan kedua sekali gus mendekatkan lagi jaringan antara Seberang Perai dan Pulau Pinang,” katanya.

- Sinar

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply