MELBOURNE 19 Feb. - Laman web pekerjaan, SEEK, akan membeli JobStreet, perkhidmatan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di Kuala Lumpur, melibatkan A$580 juta (RM1.725 bilion) sebagai sebahagian daripada usahanya menembusi Asia.
Pembelian itu akan dibuat menerusi anak syarikat milik penuh SEEK, SEEK Asia, dan tertakluk kepada kelulusan kawal aturan di Singapura serta kelulusan pemegang saham SEEK, lapor Associated Press (AAP) Australia.
JobStreet memaparkan lebih 150,000 iklan pekerjaan sebulan dan memiliki pangkalan data lebih 11 juta pencari kerja.
Ia berkhidmat dalam pasaran pesat berkembang di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam.
SEEK sudah memiliki 22 peratus pegangan saham dalam JobStreet.
Ia akan menggabungkan JobStreet dengan JobsDB, satu lagi perniagaan pekerjaan dalam talian Asia dengan pemilikan saham majoriti.
Gabungan kedua-dua syarikat itu akan mewujudkan 'pasaran pekerjaan dalam talian yang menarik perhatian' di Asia, kata SEEK dalam satu kenyataan. - BERNAMA
No comments: