» » MYIPO bantu bawa pulang karya Usman Awang di luar negara


KUALA LUMPUR 19 Feb. - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan membantu Yayasan Usman Awang untuk membawa balik karya sasterawan itu yang berada di luar negara.

Menurut Pengerusinya, Datuk Abdul Manan Ismail, selain membantu membawa balik karya tersebut, perbadanan itu juga akan membantu membukukan semua karya sasterawan negara itu bagi rujukan masa akan datang.

"Perbadanan juga akan mendaftarkan karya tersebut untuk memastikan karya tersebut tidak diciplak atau digunakan tanpa memberi royalti kepada penulis atau waris penulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Collective Management Organisation (CMO) in Copyright di sini hari ini.

Yayasan Usman Awang, ditubuhkan baru-baru ini bagi menghimpun karya sasterawan negara untuk kemudahan para pengkaji sastera dalam dan luar negara membuat penyelidikan. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply