
AMPANG: Paras air mentah di tiga empangan utama di Selangor hanya mampu bertahan untuk tempoh 70 hingga 172 hari lagi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal bulan ini.
Empangan Klang Gates hanya mampu bertahan selama 70 hari sementara Empangan Sunga Langat selama 84 hari dan Empangan Tasik Subang selama 172 hari.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi dan Penyelenggaraan Puncak Niaga, Abd Rashid Abd Satar, pada sesi taklimat dalam tinjauan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ke Empangan Klang Gates di sini, sebentar tadi.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pelepasan air mentah dari Empangan Klang Gates ke Loji Penapisan Air (LPA) Wangsa Maju mulai esok.
- BH
No comments: