» » TM rekod keuntungan RM1.04 bilion, meningkat 17.9 peratus



KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 berjumlah RM1.04 bilion, meningkat 17.9 peratus daripada RM881 juta yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan kumpulan juga meningkat kepada RM10.63 bilion, 6.4 peratus lebih tinggi daripada RM9.99 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata keputusan kewangan kukuh itu dipacu pertumbuhan positif pendapatan dalam segmen Internet, data dan UniFi.

"TM juga melepasi tiga indeks prestasi utama (KPI) dalam pendapatan kumpulan, perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) dan skor kepuasan pelanggan melebihi 72 mata mengatasi purata global 68 mata," katanya.

- BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply