(/gambar hiasan)
TAIPING: Pangsapuri Simpang Perdana di sini diiktiraf oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang tercantik di negara ini pernah dibina kementerian itu dan dijadikan penanda aras atau contoh pelaksanaan projek serupa pada masa depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyerahkan projek berharga RM28 juta itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum secara simbolik diserahkan kepada 10 daripada lebih 200 penyewanya.
Projek itu membabitkan pembinaan 249 unit kediaman pangsapuri berkeluasan 700 kaki persegi yang disewakan RM124 sebulan kepada golongan berpendapatan bulanan bawah RM3,000, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
- BH
No comments: