» » CAP gesa tong gas memasak disertakan tarikh luput



GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan mewajibkan setiap tong Gas Petroleum Cecair (LPG) atau gas memasak disertakan tarikh luput bagi memastikan orang ramai menggunakannya dalam keadaan selamat.

Presidennya, S.M Mohamed Idris berkata, ini juga untuk memastikan bahan utiliti berbahaya itu diguna mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Sekurang-kurangnya jika pengguna menggunakan gas memasak itu sebelum tarikh luput, ia dapat mengurangkan risiko berlaku kebocoran dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamed Idris berkata, kerajaan juga perlu menyediakan prosedur keselamatan mengenai penggunaan gas memasak bagi memastikan pengguna boleh bertindak segera jika berlaku perkara tidak diingini.

CAP juga mencadangkan kerajaan membentuk satu agensi dan badan khas yang dapat menguji tong gas serta memantau industri berkenaan, katanya. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply