» » Barangan basah mula dijual di KR1M


Johor Bahru: Barangan basah termasuk ikan dan sayuran akan mula dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjelang 1 Mac ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, barangan keperluan harian rakyat itu akan melengkapi 397 barangan kering yang dijual di 126 kedai KR1M di seluruh negara

Program ini akan dimulakan di 10 outlet di Lembah Klang.

Menurutnya, untuk itu pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak berkuasa lain bagi memastikan bekalan itu mencukupi bagi keperluan pengguna sebelum diperluaskan di KR1M seluruh negara.

- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply