KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan temu duga untuk permohonan visa bagi pengembara ulangan dari Malaysia yang mempunyai rekod prestasi baik.
Penolong Setiausaha Amerika Syarikat bagi Hal Ehwal Konsul, Duta Janice L. Jacobs berkata, mereka juga mungkin tidak perlu melalui proses untuk cap jari diambil semula di Kedutaan Amerika Syarikat di sini.
"Ini untuk memudahkan pengembara Malaysia yang mempunyai rekod prestasi yang baik untuk melawat AS sekali lagi sama ada untuk tujuan melancong atau urusan perniagaan," kata beliau pada perbincangan meja bulat dengan media Malaysia sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Kuala Lumpur, bermula hari ini.
"Kami melihat bahawa pada 2017, kami mungkin dapat memansuhkan temu duga bagi rakyat Malaysia yang 10 cap jari mereka telahpun diambil. Cap jari itu diambil sejak 2007," katanya.
Jacobs menarik perhatian bahawa rakyat Malaysia layak memperolehi visa bukan imigran untuk tempoh sehingga 10 tahun, tempoh maksimum yang dibenarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. - Bernama
No comments: