» » AirAsia Travel Fair bermula Jumaat ini

Foto/destinasian

AirAsia Bhd akan mengadakan ‘AirAsia Travel Fair (AATF)’ selama tiga hari bermula Jumaat ini, di Paradigm Mall, Petaling Jaya dengan menawarkan tiket penerbangan pada kadar rendah.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, pengunjung boleh mendapatkan potongan 20 peratus bagi semua tempat duduk bagi semua penerbangan bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 30 September 2014 dengan 1 Penerbangan Percuma bagi setiap 50 tempahan yang dibuat semasa AATF.

AATF katanya, menyediakan lebih 20 gerai pempamer yang mengadakan aktiviti interaktif menarik sepanjang tiga hari itu, dengan penyertaan daripada organisasi pelancongan dan rakan niaga AirAsia antaranya program kesetiaan BIG, Tune Hotels, AirAsiaGo, AirAsiaExpedia, Tune Insurance dan Citibank.

“Selain itu, hadiah penerbangan percuma dan cenderahati akan diberikan kepada pengunjung bertuah, di samping menyaksikan persembahan kebudayaan dengan kehadiran selebriti seperti Aizat Amdan, Aidid Marcello, Baki Zainal, Athena Beh, Rickman Chia serta pelbagai aktiviti menarik yang lain,” katanya.

Paradigm Mall adalah rakan rasmi AATF dan bagi memudahkan orang ramai ke Paradigm Mall untuk ke acara berkenaan, perkhidmatan bas pengantara percuma disediakan dari Stesen LRT Kelana Jaya ke Paradigm Mall yang dijadualkan bertolak setiap 15 minit.

-  BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply