
Berdepan saman maksimum! Itu kata-kata amaran dari Sharnaaz ditujukan kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi & Lisdawati yang sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media kononnya Lisdawati diancam & diugut oleh Sharnaaz di lokasi pengambaran.


Foto/ Harian Metro
Dipetik dari Harian Metro hari ini, Sharnaaz memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan dengan tindakan undang undang.
“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku”
“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya”
“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” ujar Sharnaaz Ahmad tegas. - Sumber
Topics: Hiburan
About Admin
Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Privacy Policy for arkibterkini.blogspot.com/ If you require any more information or have any questions about our privacy policy, ple...
-
Calon STPM penggal 1 2014 boleh membuat semakan keputusan mulai 17 Februari 2014. Semakan secara atas talian akan dibuka bermula pada j...
-
Mohammed Islam (kanan) mula bergiat dalam bidang pelaburan saham melalui Internet sejak usia sembilan tahun. – AGENSI NEW YORK 15 Dis. ...
-
AMALAN makan sebiji epal 30 minit sebelum makan dapat membantu mengurangkan rasa lapar. Mahu menurunkan berat badan? Amalkan makan epal...
No comments: