» » Kerajaan Selangor naikkan gaji wakil rakyat



SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Timbalan Speaker DUN tersebut mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu semalam berkata, mesyuarat Exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri itu.

Ia akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. - kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply