» » Kes tembak ahli perniagaan: Lelaki bergelar 'Datuk' antara empat ditahan


KUANTAN - Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar ’Datuk’ dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa.

"Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur,” katanya malam ini.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu merupakan warga Indonesia yang berasal dari Jawa Timur, Surabaya.

Sharifuddin berkata pemeriksaan di rumah suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong dan 45 butir peluru serta pakaian semasa menembak mangsa. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply