Pahang mara ke final Piala FA
KUANTAN 30 Mei - Jaringan tunggal Faizol Hussein pada minit ke-81 membawa Pahang melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur di sini, sebentar tadi.
Pahang mara menerusi angregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh akhir pertama.
Pahang, juara Piala Malaysia kini akan menentang pemenang di antara penyandang juara, Kelantan atau Felda United yang berentap pada satu lagi separuh akhir esok.

No comments: